Saturday, November 21, 2009

KISAH : AKU MEMANG CUN (wakaka)

Adalah seorang lelaki (tidak tahu lah perawan atau tidak) bernama Nasruddin, nak cari calon isteri yang sempurna. Cantik, pandai, berdikari, pandai bersosial, kuat agama, putih itu sah-sah lah..

Maka dia berjalan ke serata pelusuk bumi nak cari calon, sampai di sebuah negeri, dia terjumpa dengan perempuan yg dia berkenan, tapi tak mencukupi syarat yang dia nak..

Berjalan lagi, sampai di sebuah negeri yang lain, jumpa lagi seorang perempuan, dah berkenan, tapi ada juga kurangnya..



Macam itu lah keadaan dirinya, dia terus berjalan dan berjumpa dan menolak..

Sehinggalah dia sampai di sebuah negeri ini, bertemu lah dia dengan perempuan yg diidamkan, cukup syarat yang dikehendaki.. Dirisik, dipinang perempuan itu dgn sukacitanya..

Namun, langit tak selalunya cerah, si perempuan itu menjawab :

"Aku juga mencari lelaki yang sempurna."

Terduduklah Nasruddin, terkedu tak tahu nak kata pa la..

Tapi kamu-kamu ini mesti ada banyak benda nak cakap kan? tahu DAH. ;p

Hir hir hir.. GUDLUCK! ;p

_______________

Semalam membuatkan aku tersedar bahawa lumrah orang hina selalunya memuja yang mulia.

Atau..

Mungkin orang hina mahu memiliki yang mulia..?

Apa makna mulia, ataupun hina, terpulanglah kepada individu untuk menafsirnya. Kerana perkataan itu terlalu kompleks untuk diterjemahkan.Tapi melalui kisah ini sebagai satu contoh untuk anda faham sendiri apa maksud hina dan mulia di sini. Kita tak pernah, mati hidup semula sekalipun, menjadi seorang insan yang perfect. So tayah ar nak demand lebih ;p;p HAHA

Terima kasih ustazah untuk ceritanya :)

P/S : Ayyaaai..nostalgik betul ku rasa layan lagu-lagu nostalgik..

1 comment:

  1. nobody's perfect
    tp dlm ms yg same memng lumrah manusia nk pilih yg t'baik pd sume prkara....pndai2lh dlm mengukur dan menilai...btol x ape yg saye ckp ni ustzh?(kui kui)

    ReplyDelete