Monday, January 11, 2010

Mari Belajar Bahasa Arab! Dan..Tunggu Saya Jadi HEBAT!

Berminat mendalami Bahasa Arab? Ingin bertutur dalam Bahasa Arab tetapi tidak tahu menyusun ayat? Atau suka tetapi tidak tahu berkomunikasi menggunakan Bahasa Arab? Sudah belajar di sekolah selama 5 tahun tapi satu apa pun tak tahu? Suka jawab soalan kertas periksa Bahasa Arab dengan menyalin semula soalan? (HAHA) Mudah saja, anda boleh lawati belog ArabMykrk.com untuk belajar secara percuma! MANTOPP! Percayalah, ianya sangat berkesan! :p

Ohh!

Hai everibadi! Saya rasa beberapa menjak ini, saya lebih gemar mempromosikan iklan daripada menulis diari harian hidup saya. Oh, mujur saya selalu perasan, belog saya juga lebih banyak retorik daripada manfaat. Contohnya, saya suka post entri-entri yang melankolik, fantasi, dan konteks ayat yang terlalu mendalam seperti puisi-puisi RUMI?

Ohh, bosannya hidup saya!

Saya bukan penulis yang bagus. Saya tidak tahu bagaimana ingin menyusun ayat agar menjadi indah dan berbunga. Saya tidak tahu bagaimana ingin menarik peminat agar sentiasa lekat di belog saya hari-hari. Traffic saya tak pernah sesak. Bahasa Malaysia saya pun tidak selalu menggunakan ayat gramatis. Melihatkan nahu dan makna yang lintang-pukang, saya rasa begitu malu untuk mendakwa saya begitu 1Malaysia. Ha ha ha ha ha.

Jangankan Bahasa Melayu, eh Malaysialah! (nanti ada orang sensitif), bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Inggeris dan Arab pun saya masih tidak dapat menguasainya sebaiknya, apatah lagi Bahasa Perancis. Saya merasakan diri begitu koya sekali! Mujur Bahasa Key Elle saya masih mampu gunakan sebaiknya. Saya kemiskinan kamus-kamus bahasa. Saya tidak mempunyai Kamus Loghat 101,102 atau 110, dan apa-apa lah! Lalu bagaimana mungkin saya ingin membanggakan diri? Saya tiada identiti. Sedangkan bahasa melambangkan identiti, kata saya.

Maka saya telah pun membuat keputusan yang saya rasa amat bernas di mata saya, bahawa sesungguhnya saya amatlah perlu berhenti menulis untuk sementara waktu, saya perlukan ilmu tajwid bahasa agar dapat memartabatkan bahasa 1Malaysia saya. Selamat belajar kepada saya! Jumpa lagi di masa......saya telah HEBAT!


SELAMAT MENGHARGAI MASA!

3 comments:

  1. selamat belajar kepada anda dan juga saya..saya juga akan menjadi hebat seperti anda..

    ReplyDelete
  2. saya akan menjadi HEBAT 10 tahun akan datang lagi. awak ganda ah 10 kali, pasti hebat dalam masa 20 tahun lagi. wakakakakaka. gudlak nway :p

    ReplyDelete
  3. good writing is through lots of practice.

    ReplyDelete