Daripada Muaz bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda Rasulullah Sallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya :
“Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya’baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)
Malam nisfu Sya’ban adalah hari ke 15 Syaaban. Mengenai amalan-amalan khusus pada malam ini, aku tidak mahu nyatakan dengan lebih lanjut. Itu bergantung kepada hak individu itu sendiri dan niatnya. Ingin baca Yasin 3 kali sebelum berdoa pun tiada masalah kerana amalan ini adalah termasuk dalam bab bertawassul dengan amal soleh sebelum berdoa dan tiada ulama’ yang khilaf pada perkara tersebut. Nak baca ayat Kursiy atau al-Fatihah itu pun tidak salah. Tiap-tiap surah ada kelebihan yang tersendiri seperti yang telah warid dalam banyak hadis. Biar pun sekali ia dha’if, tetapi ia tetap menjadi hujjah buat fadhail a’mal. Biarlah kita berlapang dada. Siapa yang tak mahu, jangan pula menghalang yang lain. Apa-apa sahaja amalan boleh dilakukan tetapi yang penting sekali niat dan fahamnya ia tentang apa yang dibuatnya. Bacalah dengan tartil berserta tajwidnya. Tidak perlu gopoh untuk menghabiskan bacaan, tetapi biarlah masa itu berlalu sedang kita banyak bermunajat dengan Ilahi. Perbanyakkan solat-solat sunnat mutlaq. Maka dengan itu, mari lah sama-sama kita memperbanyakkan amalan-amalan sunnat pada malam ini. Mudah-mudahan amalan kita semua diterimaNya.

Mafhum hadis Nabi SAW : “Apabila telah masuk separuh bulan Sya‘ban maka janganlah kamu berpuasa.” (Riwayat Abu Daud)
Penting buat semua yang bermazhab Syafiie, haram dan tidak sah berpuasa selepas nisfu Syaaban yang kedua (16 Syaaban) melainkan oleh sebab-sebab yang tertentu seperti :
1) Puasa qadha’, buat yang belum menqadha’kan puasa Ramadhan tahun lepas, segeralah tunaikannya sekarang
2) Puasa kifarat
3) Puasa nazar
4) Puasa sunnat yang dihubungkan dengan nisfu pertama bulan Sya’baan
5) Puasa sunnat yang telah menjadi kebiasaannya seperti Isnin dan Khamis
Wallahu a’lam.
____
Membincangkan topik yang sama tetapi dalam versi yang lebih santai. bacalah . boleh klik di SINI
________________________________
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلاَئِكَـتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّ يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ صَلُّواْ عَلَيْهِ وَسَلِّمُواْ تَسْلِيماً
Indeed God and His angels bless the Prophet, Muhammad (s). O you who believe, invoke blessings on him and invoke peace upon him in a worthy manner, in other words, say: ‘O God, bless our master Muhammad and grant him peace’ (Allāhumma sallī ‘alā sayyidinā Muhammad wa-sallim).
Mari perbanyakkan selawat! Rasa kurang betul bermuhasabah diri..