Senyum, senyum, senyum. Memang best pun, saya tahu. Haha. Tapi, seolah wibawa lebih mudah hilang dari datang, jika saya berperilaku seperti itu. Saya tak punya sifat yang seperti itu, yang dijunjung orang lain, yang sealiran dengan saya. Mereka dianggap mulia di mata orang lain, juga di mata saya. KAGUM bukan, dengan ciptaan TUHAN yang begitu sempurna. Jika diberi 10 kitab di hadapan mereka, lidah mereka tidak akan kering bicara. Jika diberi 1 kitab di hadapan saya, belum tentu saya punya kekuatan untuk memegang kitab itu, apa lagi mahu mulakan kalam.
Ilmu itu BERAT bagi saya, RINGAN atas mereka.
YA, amanah ilmu itu BERAT. RISAU dan TAKUT menyelubungi diri saya.
YA, amanah ilmu itu RINGAN. GEMBIRA dan TENANG menyelubungi diri mereka, mereka MAMPU.
Saya lebih gemar menyendiri, menjauh dan memerhati, berapa banyak WAKTU saya abaikan dengan 'ini'. berapa banyak MASA saya tak cuba fahamkan yang 'ini'. Bahawa yang 'ini' saya selalu jahil murakkab.
Mungkin, kerana itu, MENEROKA lebih sesuai untuk saya, TAWAQQUF lebih afdal untuk saya, mengambil JALAN untuk berhemah-hemah dahulu. MUDA dengan PENGALAMAN. TUA dengan PERMAINAN. jika PENGALAMAN terlalu MUDA, bagaimana mahu menTUAkan mereka yang MENGHARAPKAN TUA juga?
Saya bukan MEREKA, pada mereka cetusan idea-idea baru selalu wujud, yang saya acapkali tidak pernah terfikir, saya PERLUKAN mereka, tetapi saya bukan UNTUK mereka ambil SESUATU dari saya. Kerana BERAT yang MEMBEBANI diri ini. Ya, kerana saya begitu MUDA.
Siapa mahukan GENERASI yang MUDA dengan PENGALAMAN, bukan? Ya, saya sedar diri ini apa adanya.
Maka saya TAWAQQUF untuk kebaikan KAMU sebenarnya..
Saya tidak mahu zauq PENGALAMAN itu hilang begitu sahaja..Ya, mudah disusuri, mudah juga dihilangkan..
__________
Pengalaman : Ilmu
Tawaqquf : Tangguh
Zauq : Rasa, intipati
"Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya."
Siapa kekasih saya? Awak, yes, awak lah orangnya tu..
Munajatkanlah cinta awak pada Dia,
sebab nanti Dia akan beritahu saya..
maka, saya pun hepi
:)
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya."
Siapa kekasih saya? Awak, yes, awak lah orangnya tu..
Munajatkanlah cinta awak pada Dia,
sebab nanti Dia akan beritahu saya..
maka, saya pun hepi
:)
No comments:
Post a Comment