Saturday, March 20, 2010

STAM

 last paper, last day at school. antara yang keluar awal sebab tak tahan nak balik rumah cepat.

Aku ingat lagi kata-kata pedas seorang ustazah, graduan Universiti Al-Azhar, Mesir yang memegang jawatan sebagai PK HEM di sebuah sekolah JAIS di Klang sewaktu ingin memohon mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan sekolah untuk para pelajar STAM. Maklumlah, aku pelajar persendirian dan tidak diberi peluang untuk belajar di sekolah tersebut. Justeru, hanya kelas tambahan sahaja yang dibenarkan untuk para pelajar luar sekolah. Dari rumah ke Klang mengambil masa lebih kurang setengah jam lebih, itupun kalau pecut. Kelas tambahan pun bukan secara berjadual. Bergantung kepada keadaan guru, sama ada sibuk atau tidak pada minggu tersebut. Jika sibuk, alamatnya tiadalah kelas tambahan. Aku mengikuti kelas tambahan pun hanya dua atau tiga kali sahaja. Bayangkanlah berapa kali sahaja aku ke sekolah. Itu pun setelah sudah menjalani peperiksaan lisan sekitar bulan Julai di sekolah tersebut baru aku tahu di sebelah petang ada kelas tambahan setelah dimaklumkan oleh Ustazah Siti Nor, Guru Hifz Quran dan Tajwid? (lupa dohh. penyakit betul). Syukran ustazah kerana tidak lokek untuk bekerjasama membantu saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa ustazah.

Bercerita mengenai PK HEM tadi, tidak perlulah disebut apa yang dikatakan beliau, tapi aku menganggap kata-kata pedas itu bukan untuk melemahkan semangat aku, malah aku menerima cabaran daripadanya bahawasanya tidak semua pelajar lepasan 'pondok' itu jahil, buduh, old-fashioned, kuno, lampi, jumud etc. Aku bersangka baik dengan beliau atau dalam erti kata lain, aku memandang kata-kata pedasnya dari sudut yang positif. Fikir positif, pandang positif, cakap positif. Semua positif. Terima kasih kerana menyedarkan aku daripada mimpi.

You get what you give.

Aku kerahkan positif, aku akan dapat positif. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Itu yang aku tanamkan selama ini.  Walaupun memang ada waktu aku down dan sebagainya. Perasan atau tidak, aku cakap nak lebih sahaja kan? Hahaha. Siapa cakap aku sentiasa bersemangat tinggi hendak belajar? Memang tipu lah semuanya itu. Jangan percaya! Kalau cakap aku sentiasa nerd maka benarlah cakap-cakap itu. Hahahaha. Kalaulah Asma' baca apa yang aku tulis ini, pasti aku akan menerima tembakan berdas-das daripadanya.

Sepanjang tahun STAM, Syuhada Masrun lah pelajar pertama yang aku kenali banyak membantu aku untuk memberikan makluman mengenai kelas tambahan atau nota-nota penting. Kemudian, baru aku tahu, adik kawan aku, Nadia pun turut juga mengambil STAM di sekolah yang sama. Selepas daripada itu, aku lebih banyak menghubungi mereka berdua melalui telefon. Apa sahaja perkara yang aku tidak 'arif, aku akan bertanya kepada mereka. Terima kasih kerana melayan insan yang dah tua seperti aku. Hahahaha. Jazakumallah khair katheera. Moga Allah mudahkan segala urusan kalian. Ameeen!

Jadi, kenapa STAM? Kenapa aku tak galakkan?

Ini pandangan peribadi aku. Jadi, janganlah merasa offended dengan pandangan aku sebagai seorang pelajar persendirian STAM. Semua ini berteraskan pengalaman aku yang hanya belajar sendiri. Kenapa STAM? Sebab pada asalnya, aku berniat ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Sekarang cerita lain pula. Ada orang dah pening dengan cerita aku yang complicatednya lebih, aku sendiri pun dah pening haha (apa-apa je lah).

Kenapa aku tak galakkan? Jujur aku cakap, belajar sendiri membuatkan anda 1000 kali lebih mudah merasa malas daripada belajar di sekolah. Mungkin aku seorang sahaja yang mengalami perasaan macam ini? Aku tahu aku tidaklah pandai mana ditambah dengan sifat malas bila belajar sendiri pernah membuatkan aku down 1000 kali untuk tidak mengambil STAM apabila tahu tarikh peperiksaan semakin hampir sedangkan aku tidak langsung mengulangkaji pelajaran. Aku dah pasrah from the very beginning. Aku beritahu ibu, aku tiada kekuatan nak buka kitab dan baca. Dapat maqbul pun maqbul lah. Minggu berganti minggu, macam itu lah keadaan aku. Tengok kitab pun tak lalu. Hahaha. Ini dah kes kronik. Janganlah ikut. Macam mana pun, aku tahu, kawan-kawan aku yang lain tidak seperti aku. Aku kes lain. Terlebih lain. Kawan-kawan aku bagaikan malaikat, kuat beribadat dan kuat semangat. Mashallah. Jadi nasihat ini lebihnya kepada diri aku, bukan kepada anda eh? Nak ambil, sila lah sila ambil. Cuma dalam menuntut ilmu jangan pernah terselit rasa ingin take advantage ke atas orang lain. Jangan pernah rasa senang. Jangan cakap besar. Aku tak pernah rasa STAM itu mudah jika dibandingkan dengan kemampuan aku lah. Jika anda, mungkin lebih daripada mampu. Orang kata, mumtaz itu dalam genggaman lah. Perlu poyo untuk membina wawasan dan berjaya. Hahahaha.

Cukuplah dengan cerita kertas kerja lagi yang perlu dihantar pada bulan Julai tahun lalu. Rasa mahu give up je. Punya lah banyak ujian perasaan yang datang silih berganti. Ujian tahan perasaan yang bertali arus yang hanya melunturkan semangat. Tahun praktikal dan tahun ambil periksa. Sangat bessst! Aku menamatkan tahun praktikal dengan sempurnya, dengan meninggalkan gelaran anisah (?) yang banyak minta excuse bagai. Terima kasih ustaz ustazah kerana memahami. Aku tahu mudir puji aku di belakang. Hahahahahaha! (pujuk hati)

Akhir sekali, aku tahu aku tidak akan berjaya mendapat keputusan yang lebih baik daripada apa yang aku jangkakan kalau bukan kerana berkat doa kalian dan kata-kata semangat yang diberikan. Ibu ayah yang...... Ahhh, nak menangis rasa melihatkan kesungguhan mereka menemani aku menghadapi minggu peperiksaan. Inilah hadiahku buat mereka. Sebuah senyuman yang terukir di wajah mereka. Alf syukrrr lakom! Sorry, ayat nak hiba dan artis sedikit~

Tahniah buat rakan-rakan lain yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang! Ada rezeki kita jumpa lagi Inshallah. 

*Menulis dalam keadaan begitu geram dengan ayat yang begitu gramatis dan berbunga-bunga. Maafkan saya, saya tidak bersalah. Tee hee hee~ (hahaha ayat minta baling pinggan agaknya ni).

_________

Sesungguhnya, jalan untuk dicintaiMu bukannya mudah..

2 comments:

  1. walaupun tak faham sangat kisahnya, tapi kesimpulan yang saya dapat dari cerita di atas adalah kejayaan telah digapai oleh sang ruqi.

    tahniah. saya doa awak terus berjaya. ameen.

    ReplyDelete
  2. itulah, entri ini ditujukan untuk orang yang ambil stam, kalau dia ambil dia faham lah. haha.

    time kasihhhh. ameen

    ReplyDelete