Sunday, November 6, 2011

love at first sight

i never thought of marrying him. i never thought the first real nazor would mean a marriage. i never thought i would  choose him before others. truly, he is the best man who could win my heart.

kali pertama bertentang mata, tak pernah lekang senyuman terukir. macam orang tak betul. sampai meja pun hampir disentuh sujud dek kerana terlalu malu dengan bakal suami. maklumlah, muka yang hanya untuk dia tatapi. malu. muka yang tak pernah disengajakan tunjuk kepada ajnabi jika bukan kerana sebab tertentu. muka orang, kita selalu tengok. muka lelaki kita selalu usha. hobi pun suka memerhati orang kan. alih-alih kita yang kena usha. fuhh. tuhan saja tahu betapa berdebarnya hati rasa saat ingin memulakan nazor

kesian. sudah berkali-kali diminta agar diangkat kepala untuk menunjukkan muka oleh si bakal suami, diri masih enggan.enggan bukan kerana geli. enggan kerana takut ditilik segala-galanya. kerana wanita itu sendiri adalah rahsia. bukan senang nak buka rahsia kepada orang yang masih asing buat kita. hinggakan pejalan kaki di dalam rumah mengusik kerana terlalu lama 'sesi' nazor.


kerana dia, istikharah dilakukan. bukan sehari, bukan dua hari, bukan tiga. sebelum nazor, selepas nazor, sebelum tunang, selepas tunang, sebelum kahwin. jawapan yang betul-betul  dapat meyakinkan hati pun sebelum kahwin. tak pernah lagi istikharah dilakukan begitu banyak sekali untuk seseorang. mungkin sebab itu dia adalah suami untuk aku. walaupun begitu, pun setelah berkahwin, aku mengambil masa yang lama untuk betul-betul menerbitkan rasa cinta. mungkin suka sudah hadir lama, tapi cinta belum lagi. bukan mudah nak lafazkan rasa cinta sesuka hati. mungkin kerana ego. mungkin kerana takut. mungkin kerana terlalu awal.  mungkin kerana tak pernah bercinta. namun dia tak pernah berputus asa.

sepertimana perempuan lain gemar bertanya soalan yang remeh, aku pun sama juga. malam pertama sesudah sah bergelar seorang isteri, aku menanyakan sebab dia memilih aku. biasalah............orang perempuan. dia bukanlah lelaki yang reti membuat aku rasa special. sebelum kahwin aku pernah bertanyakan soalan yang sama. namun, jawapan yang aku peroleh sentiasa sama.

'lepas kahwin saya beritahu kenapa'.

mungkin kerana sifatnya itu, membuatkan aku rasa tercabar. tidak pernah lagi lelaki dapat membuatkan aku separa gila melainkan dia. however, he knows how to be sweet after marriage tho. mungkin orang akan bertanya kenapa aku memilih dia, sedangkan masih terdapat laki lain yang mahu. jawapannya, biar aku seorang sahaja yang tahu.


mungkin sebulan terlalu singkat bersama. sebulan pun tidak dikira sebulan, masih terdapat hari-hari yang kosong yang tidak dapat bersama. dia sibuk dengan tugasnya sebagai imam tarawih. aku sibuk dengan urusan sambung belajar. disangka dia yang akan terbang dulu, rupanya aku terlebih dahulu berangkat. sambil membuat muka, tidak puas hati kenapa terlalu awal flight aku. mungkin sedih. sebenarnya aku pun sedih, tapi aku tak tunjukkan. biasalah. ego.

orang kata, cinta itu pengorbanan. korban cinta ibrahim kepada tuhan. korban cintaku untuk belajar. orang kata, sayang isteri tinggal-tinggalkan. memang betul. setiba transit ke bahrain, ada mesej di inbox aku. rupanya daripada dia.

"i miss you baby. balik rumah td masuk bilik awk..kosong..baring ats katil..tak rasa apa2..cium bantal,bau awk..cium abayya, bau awk..rindu.."


tersentuh. berperasaan juga suami aku ni rupanya. kasihan. sangat kasihan, tapi masing-masing perlu berkorban. sampai harini baki manisnya perkahwinan ini terasa. mungkin sebab cinta ini cinta halal. tersenyum sampai ke telinga bila teringat, bila bercerita pada orang mengenai si dia. kemudian termenung. hmmm, januari masih lama lagi.  moga berjumpa lagi. :)

indeed, you are such a precious gift, given by Him, to me.

selamat hari ulangtahun perkahwinan jumaat ke-15, sayang. semoga hajimu mabrur. tahun pertama beraya haji tanpamu. semoga terus kekal menjadi suami yang pengasih.

iloveyoutobits[R].

No comments:

Post a Comment