Wednesday, November 2, 2011

sebab percanggahan pendapat ulama'

harini punya kelas, kelas 'tarikh tashri'. harini punya kelas, aku belajar antaranya mengenai sebab-sebab ulama' berselisih pendapat dalam meletakkan sesuatu pendapat mengikut mazhab. dukturah (pensyarah) aku kata, ulama' mazhab tak berselisih faham dalam perkara usul (asas yaitu aqidah/tauhid), tapi hanya berselisih pendapat dalam perkara furu' (cabang-cabang yaitu hukum-hakam/ fiqh).

so, kenapa ulama mazhab berselisih pendapat? dukturah kata, secara ringkasnya, ada lima sebab :

sebab pertama : terdapat perselisihan pendapat antara mereka dalam memahami dalil-dalil yang terdapat dalam alquran dan alsunnah. contohnya : perselisihan dalam memahami dan menghuraikan makna satu lafaz or perkataan.  maklumlah, satu perkataan arab boleh memberi 1o maksud.

sebab kedua : perselisihan pendapat dalam menentukan kethabitan (kewujudan) hadis dan juga pengriwayatan hadis. contohnya : ada sebahagian ulama menjumpai hadis sekian sekian, tapi terdapat ulama' lain yang tak menjumpai hadis sekian sekian tersebut.

sebab ketiga : perselisihan pendapat dalam perbandingan/perbezaan dalil-dalil mengikut nas yang digunapakai oleh setiap mazhab.

sebab keempat : perselisihan pendapat disebabkan perbezaan uruf setempat. contohnya imam shafiie, pernah menetap di iraq dan mesir. pendapat atau fatwa yang beliau keluarkan ketika di iraq tak sama dengan fatwa yang beliau keluarkan di mesir disebabkan perbezaan uruf setempat.

sebab kelima : perselisihan pendapat dalam berpegang kepada dalil-dalil yang terdapat perselisihan padanya seperti al istishab, al istihsan etc. contoh : imam A berpegang pada al istishab tapi imam B tak berpegang kepada alistishab tapi berpegang pada al istihsan.

demikianlah nota kaki untuk aku buat harini secara ringkas daripada kuliah bersama dukturah yang cool. nak tau part paling best dalam kuliah apa? bila dukturah boleh ingat nama aku. hahaha! sekian wallahu a'lam.

3 comments:

  1. aku tgk ceramah ust shamsuri sekali tu, dia ckp masa 4 mazhab terbentuk, hadith belum dicompile mengikut taraf dan darjatnya, baru aku paham kenapa jadi masalah-masalah mcm skang ni

    ReplyDelete
  2. so skg kau ikut mazhab x? hahah

    ReplyDelete
  3. aku adalah seorg muslim yg konfius, kalau bwk mengadap org tradisionalis mesti dorang kata cara aku tak betul, diburukkan lg dgn aku selalu ikut mak bapak aku mengaji dgn maulana muhammad asri yusof ...

    ReplyDelete