Sunday, November 13, 2011

Talfiq Mazhab

 Ibu, this article is made (copied) specially for you, and to everyone who reads my blog generally. Total credits go to Sidi AbuMuhammad. May he be rewarded.

Soalan :

Maksudnya sejauh manakah hukum sesuatu mazhab itu patut (wajib/harus?) di ikuti oleh seorang awam yang kurang pengetahuan yang mendalam dalam bab agama? Apakah kriteria yang menyebabkan seorang awam itu terpaksa menukar mazhab?

Jawapan :

Seseorang boleh sahaja bertaklid kepada pendapat mazhab lain sekiranya ada keperluan untuk itu, asalkan menjaga jangan sampai berlaku talfiq (yakni campuran yang mengakibatkan fasadnya ibadat tersebut) dan menjauhi budaya tatabu' al-rukhash yang berpaksikan mencari kemudahan kerana mengikut apa yang disenangi oleh hawa nafsu.
_____________________________________________________________________________
Nota kaki (tak berapa nak kaki sangat sebab kat tengah)

taklid : mengikut satu mazhab tanpa mengetahui hujjah atau yang dapat menunjukkan pendapat itu adalah benar.

talfiq : mencampurkan mazhab-mazhab dalam melakukan amal ibadat sehingga menyebabkan amalan tersebut cacat atau rosak.

tatabu' al-rukhash (al-rukhas) : mengikut atau memilih pendapat mazhab yang paling mudah dan senang.

_____________________________________________________________________________


Kemudian Sidi menambah lagi :

Mudah cakapnya, janganlah berpindah ke qawl mazhab lain kerana mencari-cari yang mudah tanpa keperluan dan jgn pula mencampur adukkan taklid dgn pendapat 2 mazhab yang bertentangan dalam perkara yang satu.

Contoh klasiknya ialah apabila seseorang berpegang dengan pendapat Imam Ahmad bahawa menyentuh perempuan tidak batal wudhu, kemudian dia makan daging unta dan berpendapat ianya tidak membatalkan wudhu atas mazhab Imam Syafi`i, maka di sini berlakulah talfiq yang menyebabkan taqlidnya bermasalah. Menurut mazhab Syafi`i wudhunya batal kerana dia menyentuh perempuan ajnabi dan menurut mazhab Hanbali wudhunya juga batal kerana dia telah makan daging unta. Ini contohnya talfiq yang berlaku dalam satu masalah / perkara iaitu perkara wudhu.

Jika ianya berhubung dengan 2 masalah / perkara, maka tidaklah dinamakan talfiq. Contoh, wudhu satu masalah, sholat pula satu masalah yang lain. Maka jika seseorang berwudhu mengikut mazhab hanbali, maka tidak mesti sholatnya pun kena ikut mazhab hanbali, ini adalah kerana ianya 2 masalah berbeza. Dia boleh sholat ikut mazhab Syafie walaupun wudhunya wudhu hanbali.

Tapi kalau wudhu ikut hanbali, batal wudhu pun kena ikut mazhab hanbali, sebab ianya masalah / perkara yang satu.

Harap akhi boleh faham. Insya Allah.
 ______________________________________________________________________________

Soalan : satu lagi - bagaimana pula dengan halnya buat haji.

rata-rata jemaah kita tentunya berwuduk dengan cara mazhab syafie yang mana terbatal bila bersentuhan perempuan ajnabi.

Perlukah mereka berniat dan berwuduk menurut mazhab Hambali sebelum bersolat menurut mazhab Syafie? (sebab ramai yang mengatakan apabila disana - payah sket nak ulang wuduk sebab asik tersentuh je - saya x pernah ke sana dan x tahu situasinya macamana).

Kerana sudah tentunya bab ini 'ada keperluan dan memudahkan' jemaah haji dari mazhab syafie.

Dan adakah diperboleh seorang yang mazhab syafie itu berpegang pada hukum wuduk mazhab hambali sepanjang hayatnya hanya kerna bab pegang wanita dan mungkin juga atas masalah kerjaya(contohnya profession dr, dresa, nurse lelaki dsb)


Jawapan : Dalam mengerjakan haji, kebanyakan jemaah kita dianjurkan untuk berwudhu mengikut mazhab Hanbali (kalau dulunya ikut mazhab Hanafi), maksudnya hendaklah segala rukun dan syarat wudhu serta sah batalnya mengikut cara hanbali. Dianjurkan mazhab hanbali kerana ianya terlebih hampir kepada mazhab syafie berbanding mazhab hanafi dalam bab wudhu, bahkan rukun dan syaratnya lebih ketat berbanding mazhab Syafie. Contohnya kalau basmalah tatkala wudhu itu sunnat di sisi syafie, di sisi hanbali ianya wajib.

Jadi kalau nak ikut batal wudhu menurut hanbali, maka wudhunya kenalah ikut mazhab hanbali, yakni pelihara segala syarat dan rukunnya menurut mereka. Inilah maksudnya bertaklid kepada mazhab tersebut, bukanlah ertinya kena niat "sahaja aku berwudhu ikut hanbali atau sebagainya", yang penting kena ikut apa rukun dan syarat dalam mazhab tersebut. Niatnya cam biasa jugak "sahaja aku berwudhu ....".

Bila masuk bab sembahyang, boleh dia sembahyang mengikut cara syafie.

Atau kalau nak lebih mudah lagi, ialah jemaah haji ikut sahaja qawl dhoif dalam mazhab Syafie yang dinisbahkan kepada Imam Daud az-Zahiri yang mengatakan yang menyentuh batal wudhunya dan yang disentuh tidak batal. Tapi kekadang tak dapat juga kita ikut qawl ini apabila berlaku kesesakan kat tempat tawaf, kerana kalau kita tersentuh pun dikira batal.

Ya, jika ada keperluan tidak ada tegahan untuk seseorang mengikut mazhab hanbali dalam berwudhu dan syafie dalam sholat. Tetapi biarlah ada keperluannya, bukan nak main-main.
 _____________________________________________________________________

Soalan :  terima kasih ustaz. last la ni kot, atas alasan apa hambali mengatakan tidak batal wuduk bersentuh perempuan ajnabi dan atas alasan apa syafie mengatakan batal? Dan kenapa pula makan 'unta' dikatakan batal oleh hambali.

Dan adakah keputusannya begini - dibolehkan seseorang itu mengambil hukum sesuatu mazhab untuk menyelesaikan suatu masalah berkaitan dirinya dengan syarat orang itu tahu hukum dan tertib mazhab tersebut luar dan dalam. bukan semata-mata ikut atau amik sekerat2 untuk main2 tanpa keperluan yang munasabah.

Jawapan : Sebenarnya, segala aqwal yang dikeluarkan oleh para mujtahid pasti ada sandaran dalilnya dari sumber-sumbernya spt al-Quran, al-Hadits, Ijmak, Qiyas, istihsan, istidlal, istishab, dan sebagainya, yang di sisi mereka itulah yang paling kuat menurut ijtihad mereka. Kadang-kadang seseorang hanya mengetahui satu sahaja dalil para imam, kemudian terus menolak pendapat tersebut sebab hadits itu tidak kuat, sedangkan ada dalil lain yang tidak diketahuinya yang telah digunakan oleh mujtahid tersebut untuk mengeluarkan hukumnya.

Maka berbalik kepada mazhab hambali yang tidak membatalkan wudhu sebab bersentuhan tanpa syahwat dengan perempuan antara dalil yang kita ketahui ialah sebab tafsiran mereka kepada perkataan "laaamastumun nisa`" kerana bagi mereka ianya adalah dengan mad dan bukan semata-mata "lamasamtumun nisa`". Bagi mereka menyentuh itu "lamasa" sedangkan disitu penggunaannya adalah dengan mad, jadi mengikut kaedah penambahan dalam kalimah membawa kepada penambahan maksud iaitu bukan sekadar sentuhan biasa tetapi dengan syahwat atau hubungan kelamin. Selain daripada itu ada juga hadits-hadits yang menurut mereka mendokong qawl mereka.

Di sisi Imam Syafie pula, antara hujjahnya untuk mengatakan batal adalah sebab makna haqiqi bagi "laamasa" itu adalah sentuh, dan hubungan kelamin itu adalah makna majazinya. Maka hendaklah didahulukan makna haqiqi atas makna majazi. Suka kita ingatkan bahawa antara 4 imam mujtahid, maka hanya Imam Syafie yang diiktiraf sebagai hujjah dalam bahasa arab, maka sukar bagi kita untuk mengatakan bahawa Imam Syafie tidak mengetahui maksud sebenar penggunaan kalimah tersebut dalam bahasa arab. Selain daripada itu segala hadis yang dikemukakan oleh pihak yang mengatakan tidak batal itu, di sisi Imam Syafie mempunyai kesamaran yang masih tidak kuat untuk mendokong pendapat tidak batal wudhu tersebut. Inilah secara ringkasnya, sedangkan di situ masih banyak lagi hujjah dan dalil pihak-pihak tersebut, moga Allah meredhai kesemua mereka.

Mengenai batal wudhu dengan makan daging unta di sisi hambali antara sandarannya adalah hadits shohih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang Junjungan Nabi ditanyai tentang adakah seseorang perlu berwudhu setelah makan daging unta, maka Junjungan menjawab:-
نعم، فتوضأ من لحوم الإبل
"ya berwudhulah kerana makan daging unta". Ini hadits yang shohih.

Akan tetapi menurut Imam asy-Syafie hadits tersebut walaupun shohih tetapi telah dimansuhkan oleh hadits yang shohih juga yang mengatakan Junjungan terus bersholat walaupun selepas makan daging. Di sinilah letak perbezaan pendapat antara dua imam besar ini.

Oleh itu kenalah kita tahu bahawa bukan semua hadits yang shohih itu boleh jadi hukum, sama jugak dengan ayat al-quran bukan semuanya membawa hukum. Oleh itu seseorang mujtahid kenalah mengetahui bukan sahaja shohih - dhoifnya hadits tetapi kenalah menguasai nasikh dan mansukh.

____________________________________________________________________________

To ibu, if there's anything that is still vague in your eyes, I'm always there for you. Thanks.



No comments:

Post a Comment