Sungguh benak dirimu jika tak terlerai kekusutan,
jika mata hatimu tidak mahu menyuluh penjelasan..
Sedang matahari sudah mengayun sinaran..
Aku takut ia sudah terlambat..
Dan tatkala itu
Baru kau tahu apa itu erti 'penyesalan'..
.Q.
Berikan tiga saat untukku diam
Supaya kata-kataku tidak melukakan
Berikan tiga saat untukku diam
Supaya lidah ini membelitkan
“Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang menghumbankan muka mereka ke dalam neraka?”
(sebahagian hadith riwayat Tirmizi, An-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad)