Wednesday, December 21, 2011

Saudi

Oh God..today was such a drama. I created a very dramatic scene unintentionally at the Saudi Embassy this morning.

I CRIED!

it's a fact that a crying woman can win a man's heart.












alhamdulillah.

hahaha

Friday, December 2, 2011

Al-Azhar adalah Asy'ari

Siapa yang tidak kenal dengan Universiti al-Azhar asy-Syarif. Pusat pengajian ulung yang telah melahirkan ramai ulama yang berjasa di seluruh pelusuk dunia Islam. Alhamdulillah, dalam menghadapi serangan kaum salafi gadungan yang menuduh aqidah al-Asy`ari dan al-Maaturidi sebagai sesat dan keluar daripada Ahlus Sunnah wal Jama`ah, maka para ulama al-Azhar turut dengan lantang mempertahankan pegangan majoriti umat Islam tersebut. Bahkan Syaikhul Azhar, Prof. Dr. Ahmad ath-Thayyib hafizahUllah menegaskan bahawa al-Azhar berpegang dengan `aqidah al-Asy`ari dan al-Maaturidi, fiqh para Imam yang empat dan tasawwuf Imam Junaid. Bahkan, al-Azhar asy-Syarif akan tetap kekal atas `aqidah al-Asy`ari dan pemikiran sufi yang shahih. Inilah antara pernyataan beliau di hadapan ratusan pelajar antarabangsa yang mengikuti pengajian di al-Azhar sebagaimana dilaporkan dalam akhbar "al-Hayat". Beliau juga menyifatkan puak-puak yang mengaku "salafi" yang ada pada masa kita ini, yang suka menyesatkan secara sembrono umat Islam yang tidak sefaham dengan mereka sebagai "Khawarij al-`Ashri" - puak Khawarij zaman moden.

Maka kepada puak-puak "Khawarij al-`Ashr", bersederhanalah, perkara furu` yang menjadi khilaf fiqh janganlah dijadikan sebagai perkara `aqidah pula sehingga tergamak menyamakan umat yang bersyahadah dengan kaum musyrikin. Janganlah mudah-mudah menyesatkan pegangan majoriti umat Islam. Sungguh puak-puak ekstrem ini telah menanam dakyah mereka dalam negara kita sehingga ada yang telah secara terang - terangan memproklamir bahawa al-`Asyairah sebagai sesat dan bukan Ahlus Sunnah wal Jama`ah.... Allahu ... Allah... tanggung depan Allah nanti. Ada jugak balaci mereka yang tergamak menyesatkan Imam-Imam Muslimin sebesar Imam Ibnu Hajar al-`Asqalaani rahimahUllah kerana beliau berpegang dengan `aqidah al-Asy`ari. Mereka mencanangkan ke sana ke mari akan fatwa-fatwa songsang sesetengah puak badwi "Khawarij al-Ashr" yang menjajah bumi Hejaz tempat al-Haramain. Mereka kini juga tidak segan silu membawa tokoh-tokoh mereka ke tempat kita dengan menempelkan gelar-gelar tertentu untuk mengelirukan orang awam. Maka berhati-hatilah wahai ikhwah sekalian dan tetap teguhlah kita atas pegangan `aqidah yang sebenar. Janganlah didengar dakyah-dakyah puak "Khawarij al-Ashr" yang bertopengkan pegangan Salaf. Sesungguhnya kitalah pengikut salaf yang sebenar, tiadalah khalaf itu melainkan kesinambungan bagi salaf.

Oleh itu, diharap para ulama kita, teristimewanya para Azhariyyun, agar semakin gigih memperjuang dan mempertahankan ajaran Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang sebenar yang berteraskan `aqidah al-`Asyairah yang mubarakah yang menjadi anutan majoriti umat Islam di seluruh dunia sepanjang masa. Janganlah dibiarkan puak-puak "Khawarij al-`Ashr" mencemuh dan menuduh `aqidah kita ini sebagai bid`ah dan sesat.

Source : Bahrusshofa

Friday, November 25, 2011

Friday, November 18, 2011

Trouble Is A Friend

Trouble he will find you no matter where you go, oh oh  
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control

You're not being so kind

Dear Thursday, you came too fast that I just couldn't grab the chance to fill in your day with loves.

I'm sorry.. I am really going to miss you and Friday again.. I hope Friday can feel and understand my sad story..

Oh, how time flies.. and I am unable to get everything done.

Thursday, November 17, 2011

When A Man...

..is getting a fever, he runs to his Beloved like mad because he knows his sins are going to get deceased.

Get well soon dear honey bee, shafakallah shifa'an 3ajilan. If only I were by your side, I'd take care of you and your meals. If only... :p

.lovingyoutobits[R].

Sunday, November 13, 2011

Bahaya Taklid dalam Tauhid

To ibu, do read the full article by clicking on the link, Utusan. Hope this helps.

Talfiq Mazhab

 Ibu, this article is made (copied) specially for you, and to everyone who reads my blog generally. Total credits go to Sidi AbuMuhammad. May he be rewarded.

Soalan :

Maksudnya sejauh manakah hukum sesuatu mazhab itu patut (wajib/harus?) di ikuti oleh seorang awam yang kurang pengetahuan yang mendalam dalam bab agama? Apakah kriteria yang menyebabkan seorang awam itu terpaksa menukar mazhab?

Jawapan :

Seseorang boleh sahaja bertaklid kepada pendapat mazhab lain sekiranya ada keperluan untuk itu, asalkan menjaga jangan sampai berlaku talfiq (yakni campuran yang mengakibatkan fasadnya ibadat tersebut) dan menjauhi budaya tatabu' al-rukhash yang berpaksikan mencari kemudahan kerana mengikut apa yang disenangi oleh hawa nafsu.
_____________________________________________________________________________
Nota kaki (tak berapa nak kaki sangat sebab kat tengah)

taklid : mengikut satu mazhab tanpa mengetahui hujjah atau yang dapat menunjukkan pendapat itu adalah benar.

talfiq : mencampurkan mazhab-mazhab dalam melakukan amal ibadat sehingga menyebabkan amalan tersebut cacat atau rosak.

tatabu' al-rukhash (al-rukhas) : mengikut atau memilih pendapat mazhab yang paling mudah dan senang.

_____________________________________________________________________________


Kemudian Sidi menambah lagi :

Mudah cakapnya, janganlah berpindah ke qawl mazhab lain kerana mencari-cari yang mudah tanpa keperluan dan jgn pula mencampur adukkan taklid dgn pendapat 2 mazhab yang bertentangan dalam perkara yang satu.

Contoh klasiknya ialah apabila seseorang berpegang dengan pendapat Imam Ahmad bahawa menyentuh perempuan tidak batal wudhu, kemudian dia makan daging unta dan berpendapat ianya tidak membatalkan wudhu atas mazhab Imam Syafi`i, maka di sini berlakulah talfiq yang menyebabkan taqlidnya bermasalah. Menurut mazhab Syafi`i wudhunya batal kerana dia menyentuh perempuan ajnabi dan menurut mazhab Hanbali wudhunya juga batal kerana dia telah makan daging unta. Ini contohnya talfiq yang berlaku dalam satu masalah / perkara iaitu perkara wudhu.

Jika ianya berhubung dengan 2 masalah / perkara, maka tidaklah dinamakan talfiq. Contoh, wudhu satu masalah, sholat pula satu masalah yang lain. Maka jika seseorang berwudhu mengikut mazhab hanbali, maka tidak mesti sholatnya pun kena ikut mazhab hanbali, ini adalah kerana ianya 2 masalah berbeza. Dia boleh sholat ikut mazhab Syafie walaupun wudhunya wudhu hanbali.

Tapi kalau wudhu ikut hanbali, batal wudhu pun kena ikut mazhab hanbali, sebab ianya masalah / perkara yang satu.

Harap akhi boleh faham. Insya Allah.
 ______________________________________________________________________________

Soalan : satu lagi - bagaimana pula dengan halnya buat haji.

rata-rata jemaah kita tentunya berwuduk dengan cara mazhab syafie yang mana terbatal bila bersentuhan perempuan ajnabi.

Perlukah mereka berniat dan berwuduk menurut mazhab Hambali sebelum bersolat menurut mazhab Syafie? (sebab ramai yang mengatakan apabila disana - payah sket nak ulang wuduk sebab asik tersentuh je - saya x pernah ke sana dan x tahu situasinya macamana).

Kerana sudah tentunya bab ini 'ada keperluan dan memudahkan' jemaah haji dari mazhab syafie.

Dan adakah diperboleh seorang yang mazhab syafie itu berpegang pada hukum wuduk mazhab hambali sepanjang hayatnya hanya kerna bab pegang wanita dan mungkin juga atas masalah kerjaya(contohnya profession dr, dresa, nurse lelaki dsb)


Jawapan : Dalam mengerjakan haji, kebanyakan jemaah kita dianjurkan untuk berwudhu mengikut mazhab Hanbali (kalau dulunya ikut mazhab Hanafi), maksudnya hendaklah segala rukun dan syarat wudhu serta sah batalnya mengikut cara hanbali. Dianjurkan mazhab hanbali kerana ianya terlebih hampir kepada mazhab syafie berbanding mazhab hanafi dalam bab wudhu, bahkan rukun dan syaratnya lebih ketat berbanding mazhab Syafie. Contohnya kalau basmalah tatkala wudhu itu sunnat di sisi syafie, di sisi hanbali ianya wajib.

Jadi kalau nak ikut batal wudhu menurut hanbali, maka wudhunya kenalah ikut mazhab hanbali, yakni pelihara segala syarat dan rukunnya menurut mereka. Inilah maksudnya bertaklid kepada mazhab tersebut, bukanlah ertinya kena niat "sahaja aku berwudhu ikut hanbali atau sebagainya", yang penting kena ikut apa rukun dan syarat dalam mazhab tersebut. Niatnya cam biasa jugak "sahaja aku berwudhu ....".

Bila masuk bab sembahyang, boleh dia sembahyang mengikut cara syafie.

Atau kalau nak lebih mudah lagi, ialah jemaah haji ikut sahaja qawl dhoif dalam mazhab Syafie yang dinisbahkan kepada Imam Daud az-Zahiri yang mengatakan yang menyentuh batal wudhunya dan yang disentuh tidak batal. Tapi kekadang tak dapat juga kita ikut qawl ini apabila berlaku kesesakan kat tempat tawaf, kerana kalau kita tersentuh pun dikira batal.

Ya, jika ada keperluan tidak ada tegahan untuk seseorang mengikut mazhab hanbali dalam berwudhu dan syafie dalam sholat. Tetapi biarlah ada keperluannya, bukan nak main-main.
 _____________________________________________________________________

Soalan :  terima kasih ustaz. last la ni kot, atas alasan apa hambali mengatakan tidak batal wuduk bersentuh perempuan ajnabi dan atas alasan apa syafie mengatakan batal? Dan kenapa pula makan 'unta' dikatakan batal oleh hambali.

Dan adakah keputusannya begini - dibolehkan seseorang itu mengambil hukum sesuatu mazhab untuk menyelesaikan suatu masalah berkaitan dirinya dengan syarat orang itu tahu hukum dan tertib mazhab tersebut luar dan dalam. bukan semata-mata ikut atau amik sekerat2 untuk main2 tanpa keperluan yang munasabah.

Jawapan : Sebenarnya, segala aqwal yang dikeluarkan oleh para mujtahid pasti ada sandaran dalilnya dari sumber-sumbernya spt al-Quran, al-Hadits, Ijmak, Qiyas, istihsan, istidlal, istishab, dan sebagainya, yang di sisi mereka itulah yang paling kuat menurut ijtihad mereka. Kadang-kadang seseorang hanya mengetahui satu sahaja dalil para imam, kemudian terus menolak pendapat tersebut sebab hadits itu tidak kuat, sedangkan ada dalil lain yang tidak diketahuinya yang telah digunakan oleh mujtahid tersebut untuk mengeluarkan hukumnya.

Maka berbalik kepada mazhab hambali yang tidak membatalkan wudhu sebab bersentuhan tanpa syahwat dengan perempuan antara dalil yang kita ketahui ialah sebab tafsiran mereka kepada perkataan "laaamastumun nisa`" kerana bagi mereka ianya adalah dengan mad dan bukan semata-mata "lamasamtumun nisa`". Bagi mereka menyentuh itu "lamasa" sedangkan disitu penggunaannya adalah dengan mad, jadi mengikut kaedah penambahan dalam kalimah membawa kepada penambahan maksud iaitu bukan sekadar sentuhan biasa tetapi dengan syahwat atau hubungan kelamin. Selain daripada itu ada juga hadits-hadits yang menurut mereka mendokong qawl mereka.

Di sisi Imam Syafie pula, antara hujjahnya untuk mengatakan batal adalah sebab makna haqiqi bagi "laamasa" itu adalah sentuh, dan hubungan kelamin itu adalah makna majazinya. Maka hendaklah didahulukan makna haqiqi atas makna majazi. Suka kita ingatkan bahawa antara 4 imam mujtahid, maka hanya Imam Syafie yang diiktiraf sebagai hujjah dalam bahasa arab, maka sukar bagi kita untuk mengatakan bahawa Imam Syafie tidak mengetahui maksud sebenar penggunaan kalimah tersebut dalam bahasa arab. Selain daripada itu segala hadis yang dikemukakan oleh pihak yang mengatakan tidak batal itu, di sisi Imam Syafie mempunyai kesamaran yang masih tidak kuat untuk mendokong pendapat tidak batal wudhu tersebut. Inilah secara ringkasnya, sedangkan di situ masih banyak lagi hujjah dan dalil pihak-pihak tersebut, moga Allah meredhai kesemua mereka.

Mengenai batal wudhu dengan makan daging unta di sisi hambali antara sandarannya adalah hadits shohih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang Junjungan Nabi ditanyai tentang adakah seseorang perlu berwudhu setelah makan daging unta, maka Junjungan menjawab:-
نŰčم، فŰȘÙˆŰ¶ŰŁ من Ù„Ű­ÙˆÙ… Ű§Ù„Ű„ŰšÙ„
"ya berwudhulah kerana makan daging unta". Ini hadits yang shohih.

Akan tetapi menurut Imam asy-Syafie hadits tersebut walaupun shohih tetapi telah dimansuhkan oleh hadits yang shohih juga yang mengatakan Junjungan terus bersholat walaupun selepas makan daging. Di sinilah letak perbezaan pendapat antara dua imam besar ini.

Oleh itu kenalah kita tahu bahawa bukan semua hadits yang shohih itu boleh jadi hukum, sama jugak dengan ayat al-quran bukan semuanya membawa hukum. Oleh itu seseorang mujtahid kenalah mengetahui bukan sahaja shohih - dhoifnya hadits tetapi kenalah menguasai nasikh dan mansukh.

____________________________________________________________________________

To ibu, if there's anything that is still vague in your eyes, I'm always there for you. Thanks.



Thursday, November 10, 2011

Bitterness makes me a person

It was long ago, I was little and still a kiddo.

'Baca betul-betul!'
'At thulaathi al mujarrad.. Err err'
'Meh sini kamu! Dekat sini!'

'Tadah tangan! Tegakkan!'

Paaaaap! Paap! Pappp!

'Cakap betul-betul dengan saya, kamu hafal ke tak kat rumah semalam?'
'Hafal usta..err'

Paaaap!

'Kamu tengok t.v tak semalam?'
'Errr.. Tak ustaz'
'Baca suratkhabar tak?'
'Errr tak jugak ustaz..'
'Habis tu kamu buat apa semalaman dekat rumah?'

'.............'

'Meh sini lagi tangan kamu!'

Paaaap!

I didn't cry infront of my friends. And so did my other friends who had to endure from getting myriad of slaps from our ustaz. I was bitter. I hated so much the ustaz that I wish he could quit the job real soon or even got fired would make me feel a relief from pain. Who loves to go to school when you have to sit in the class, getting slaps from your teacher everyday?

I was with him for two years. It was the day when I was informed that he got fired. Some said there were parents who couldn't agree with his ways of teaching the students. How is it permissible for an ustaz to act harshly and use vulgar words while in the class? I didn't know the real story, but many of the students could not stand about the parents' thingy. They even felt mad at the student who reported to her parents about the ustaz. As a result, he got fired. And my wish is granted. 

Whatever it was, later I know the real story. The reason he got fired has nothing to do with the parents'. Maybe there is a hikmah behind all those tribulations. Who knows? When Allah loves someone, he'll give him trials to place him amongst those who are called His beloved.

And who knows, that when one is gone, He sends another one who is much better than the previous one. I feel much grateful for that. And that the one who made me a bitter person actually taught me things that are never forgotten until today. Things which I can benefit from them as well as others can benefit from.

Only those who are bitter yet do not want to try to grab the opportunity are not a person.

May Allah reward him Jannah for all the deeds he did.

Who says 'Sarf' is boring? Never.

Wednesday, November 9, 2011

Egyptian Arabic

That I realize I am lousy at speaking Arabic fluently, do I need to say more that I am good at its colloquial ones? Pathetic.

So, I advise myself to buy an Egyptian Arabic colloquial slang book. I ended up buying this book a few days ago and I found it very helpful at improving my vocabulary despite the price is a bit expensive. But hell yeah, why do we need to feel worried when spending the money on books?

Title : Egyptian Arabic
Publisher : Lonely Planet
Price : 51.00 EGP
Bought at : Virgin Megastore, City Stars

But  we do need to feel worried when some people love to take advantage on us. Especially those who have money but are stingy and love to use others' money.

p/s : Ahh, now that I know City Star is only 5-10 minutes from my hostel with a cab, and will cost you around 5-6le. Didn't I say without traffic jam, no? Problemo.

Sometimes solitary is better.

The last Eid has spanked me on my cheeks and made me blow in tears. Later, I've realized that I am forever alone here.

You can't imagine how lonely it is at hostel these eid days. No one really cares. I think some of them are even enjoying from not talking to me. Apart of me being the only one who ignores to join them. The celebration is a tad too boring when all wants to highlight only the words which show their only true path . How pathetic.


Do not they know that "The seekers of the Way of Truth are  individuals" ?

Usrah is fikrah. How possible this word can make them feel a total difference than the others? Apart of feeling they are leading the only best true path. Al-Islam As-samim can only be found in their path. Find a husband who shares the same world as you. These are the worst people ever, who make Islam only allow marriage with the same fikrah, not religion.

And even in theirs songs.. "Jangan tinggalkan siasah dan perpaduan". Nicely written.

Sometimes I think that it is better to stay alone. Not that I hate these people, but I personally cannot stand with their ways of inviting people to meet  their ways of thinking.





Whatever the conflicts and complicated things are, Hyun Bin never fails at making me smile widely and  reminiscing my past memories. Sweet like candy. 

Going now and ripping these muddled thoughts up. Bye.

Sunday, November 6, 2011

love at first sight

i never thought of marrying him. i never thought the first real nazor would mean a marriage. i never thought i would  choose him before others. truly, he is the best man who could win my heart.

kali pertama bertentang mata, tak pernah lekang senyuman terukir. macam orang tak betul. sampai meja pun hampir disentuh sujud dek kerana terlalu malu dengan bakal suami. maklumlah, muka yang hanya untuk dia tatapi. malu. muka yang tak pernah disengajakan tunjuk kepada ajnabi jika bukan kerana sebab tertentu. muka orang, kita selalu tengok. muka lelaki kita selalu usha. hobi pun suka memerhati orang kan. alih-alih kita yang kena usha. fuhh. tuhan saja tahu betapa berdebarnya hati rasa saat ingin memulakan nazor

kesian. sudah berkali-kali diminta agar diangkat kepala untuk menunjukkan muka oleh si bakal suami, diri masih enggan.enggan bukan kerana geli. enggan kerana takut ditilik segala-galanya. kerana wanita itu sendiri adalah rahsia. bukan senang nak buka rahsia kepada orang yang masih asing buat kita. hinggakan pejalan kaki di dalam rumah mengusik kerana terlalu lama 'sesi' nazor.


kerana dia, istikharah dilakukan. bukan sehari, bukan dua hari, bukan tiga. sebelum nazor, selepas nazor, sebelum tunang, selepas tunang, sebelum kahwin. jawapan yang betul-betul  dapat meyakinkan hati pun sebelum kahwin. tak pernah lagi istikharah dilakukan begitu banyak sekali untuk seseorang. mungkin sebab itu dia adalah suami untuk aku. walaupun begitu, pun setelah berkahwin, aku mengambil masa yang lama untuk betul-betul menerbitkan rasa cinta. mungkin suka sudah hadir lama, tapi cinta belum lagi. bukan mudah nak lafazkan rasa cinta sesuka hati. mungkin kerana ego. mungkin kerana takut. mungkin kerana terlalu awal.  mungkin kerana tak pernah bercinta. namun dia tak pernah berputus asa.

sepertimana perempuan lain gemar bertanya soalan yang remeh, aku pun sama juga. malam pertama sesudah sah bergelar seorang isteri, aku menanyakan sebab dia memilih aku. biasalah............orang perempuan. dia bukanlah lelaki yang reti membuat aku rasa special. sebelum kahwin aku pernah bertanyakan soalan yang sama. namun, jawapan yang aku peroleh sentiasa sama.

'lepas kahwin saya beritahu kenapa'.

mungkin kerana sifatnya itu, membuatkan aku rasa tercabar. tidak pernah lagi lelaki dapat membuatkan aku separa gila melainkan dia. however, he knows how to be sweet after marriage tho. mungkin orang akan bertanya kenapa aku memilih dia, sedangkan masih terdapat laki lain yang mahu. jawapannya, biar aku seorang sahaja yang tahu.


mungkin sebulan terlalu singkat bersama. sebulan pun tidak dikira sebulan, masih terdapat hari-hari yang kosong yang tidak dapat bersama. dia sibuk dengan tugasnya sebagai imam tarawih. aku sibuk dengan urusan sambung belajar. disangka dia yang akan terbang dulu, rupanya aku terlebih dahulu berangkat. sambil membuat muka, tidak puas hati kenapa terlalu awal flight aku. mungkin sedih. sebenarnya aku pun sedih, tapi aku tak tunjukkan. biasalah. ego.

orang kata, cinta itu pengorbanan. korban cinta ibrahim kepada tuhan. korban cintaku untuk belajar. orang kata, sayang isteri tinggal-tinggalkan. memang betul. setiba transit ke bahrain, ada mesej di inbox aku. rupanya daripada dia.

"i miss you baby. balik rumah td masuk bilik awk..kosong..baring ats katil..tak rasa apa2..cium bantal,bau awk..cium abayya, bau awk..rindu.."


tersentuh. berperasaan juga suami aku ni rupanya. kasihan. sangat kasihan, tapi masing-masing perlu berkorban. sampai harini baki manisnya perkahwinan ini terasa. mungkin sebab cinta ini cinta halal. tersenyum sampai ke telinga bila teringat, bila bercerita pada orang mengenai si dia. kemudian termenung. hmmm, januari masih lama lagi.  moga berjumpa lagi. :)

indeed, you are such a precious gift, given by Him, to me.

selamat hari ulangtahun perkahwinan jumaat ke-15, sayang. semoga hajimu mabrur. tahun pertama beraya haji tanpamu. semoga terus kekal menjadi suami yang pengasih.

iloveyoutobits[R].

First Eid

Gamble everything for love,
if you're a true human being.
If not, leave this gathering.
Half-heartedness does not
reach into majesty.
You set out to find God,
but then you keep stopping
for long periods
at mean-spirited roadhouses.

-Rumi

Happy eid. Kullu sanah wantum tayyibin. Taqabbalallahu minna wa minkum. Sauman maqbulan wa hajjan mabruran.

Selamat menunaikan haji kepada ibu ayah and suami. Tahun ni, pertama kali raya haji seorang. Seorang tanpa ibu ayah, siblings and suami. Sobs. Nak pergi feeling dulu. Bye!

Friday, November 4, 2011

bila rindu makan mula la nak jiwa kacau

harini aku jiwa kacau sedikit. pilu aih. aku tengah mengahadapi hari yang hiba. sebab alih-alih aku rindu makan dengan famili. bukan makan dan famili. sebab apa aku cakap dengan? sebab famili aku dengan makan memang tak leh pisah. kalau duduk melesia memang senang hati perut aku jalan ke depan. pernah ke kempis ke belakang pon? lol.

ahh tiba-tiba nak nangis. gedik gila. dah kau nak belajar jauh pastu nak gedik sedih sapa suro belaja jauh-jauh kan?

kalau aku cakap aku tak rindu suami aku, tipu la. walaupun aku dapat duduk dengan dia sebulan je, tapi dalam masa sebulan tu aku ajar dia makan macam-macam. see? makan dengan aku memang tak boleh dipisahkan lah. itu la benda paling sweet bila buat bersama haha. bukan dia ajar aku oke? aku bukan ape, cuma aku rasa orang laki -mostly- la kurang expert bab makan. tak leh nak variety. then, memilih. so aku terpaksa la ajar, instead gemar makanan ibu, cuba la gemar makanan luar. hahahaha. kepada sang suami, saya rindu nak makan (or lebih kepada tengok awak sorang makan) nandos dan nandos pajam, beard papa's cream puff, sushi king etc. saya rindu makanan MALAYSIA la senang cite! ah hahaha. bukan takde makanan sedap kat sini. ada. untuk bulan pertama aku suka nasi mandy tapi sebulan aku boleh makan sekali disebabkan kena pandai bajet dan biasalah mahal.

then aku rasa berat aku maintain. tak turun, tak naik masa awal sampai sini. akak aku cakap aku NAMPAK makin kurus. biasalah webcam sekaip memang penipu. bila aku lapar, aku kena jadikan biskut sebagai snack aku. padahal biskut paling menggemokkan. bila aku lapo, aku jadikan snek MAX chipsy sebagai makanan alternatif aku. gila tak sihat hidup. kalau dulu dekat malaysia, aku rajin beli kiwi and rajin potong kiwi makan. setiap hari makan kiwi. dekat sini aku beli 1o biji kiwi = 1ole, aku berjaya peel sebiji kiwi je untuk makan. tengokla betapa malas aku nak masuk dapur kan lol. sebenarnya aku malas sebab kitorang hanya dapat makan dua kali sehari menggunakan barang berjemaah, so kalau nak masak sendiri kau kena beli bahan kau sendiri la. hahaha kedekut kat diri sendiri. mana tak malas masuk dapur. bukan takde makanan, (ikutkan) hari-hari aku singgah kedai arab khan yusuf bawah hostel ni beli makanan sampai ammou tu da kenal aku. aku paling femes la. kadang aku balik kuliah sambil ada perasaan taraddud nak singgah ke tak kedai ammou tu sebab malu punya pasal asyik tepek hari-hari kat kedai dia. lol.

or maybe antara sebab aku rindu makan ialah dah nak raya haji ni kan. aku alih-alih rindu rendang ibu aku. lain daripada lain. rendang atok aku pun kalah hahaha. tapi sampai sekarang aku tak pernah belajar macam mana nak masak rendang ibu aku ni. oke noted. kena sekaip mintak resipi! lol

sebenarnya aku nak cakap. aku nak MAKANNN!! haha. isk da la bye. rasa nak pergi lempang bantal ke dinding sebab stress nak makan. lol

macam ni la ngidam orang yang puasa kan. macam ni la.

Wednesday, November 2, 2011

sebab percanggahan pendapat ulama'

harini punya kelas, kelas 'tarikh tashri'. harini punya kelas, aku belajar antaranya mengenai sebab-sebab ulama' berselisih pendapat dalam meletakkan sesuatu pendapat mengikut mazhab. dukturah (pensyarah) aku kata, ulama' mazhab tak berselisih faham dalam perkara usul (asas yaitu aqidah/tauhid), tapi hanya berselisih pendapat dalam perkara furu' (cabang-cabang yaitu hukum-hakam/ fiqh).

so, kenapa ulama mazhab berselisih pendapat? dukturah kata, secara ringkasnya, ada lima sebab :

sebab pertama : terdapat perselisihan pendapat antara mereka dalam memahami dalil-dalil yang terdapat dalam alquran dan alsunnah. contohnya : perselisihan dalam memahami dan menghuraikan makna satu lafaz or perkataan.  maklumlah, satu perkataan arab boleh memberi 1o maksud.

sebab kedua : perselisihan pendapat dalam menentukan kethabitan (kewujudan) hadis dan juga pengriwayatan hadis. contohnya : ada sebahagian ulama menjumpai hadis sekian sekian, tapi terdapat ulama' lain yang tak menjumpai hadis sekian sekian tersebut.

sebab ketiga : perselisihan pendapat dalam perbandingan/perbezaan dalil-dalil mengikut nas yang digunapakai oleh setiap mazhab.

sebab keempat : perselisihan pendapat disebabkan perbezaan uruf setempat. contohnya imam shafiie, pernah menetap di iraq dan mesir. pendapat atau fatwa yang beliau keluarkan ketika di iraq tak sama dengan fatwa yang beliau keluarkan di mesir disebabkan perbezaan uruf setempat.

sebab kelima : perselisihan pendapat dalam berpegang kepada dalil-dalil yang terdapat perselisihan padanya seperti al istishab, al istihsan etc. contoh : imam A berpegang pada al istishab tapi imam B tak berpegang kepada alistishab tapi berpegang pada al istihsan.

demikianlah nota kaki untuk aku buat harini secara ringkas daripada kuliah bersama dukturah yang cool. nak tau part paling best dalam kuliah apa? bila dukturah boleh ingat nama aku. hahaha! sekian wallahu a'lam.

Friday, October 28, 2011

siapa sebenarnya wahabi

Karya terbaru al-Fadhil Ustaz Zamihan hafizahullah. Memberi penerangan mengenai sikap dan kefanatikan puak Wahhabiy dan bahayanya. Elok untuk dibaca agar kita tahu siapa puak-puak ini, apatah lagi sekarang ni ramai asatizah dan protaz yang terpengaruh dengan dakyah ini mula menyusup masuk ke berbagai badan kerajaan, swasta dan parti - parti politik. Buku ini diberi kata alu-aluan oleh dua orang agamawan negara kita, iaitu al-Fadhil Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady dan al-Fadhil Dato Hj Mohd Saleh Hj Ahmad. Silalah berhubung dengan Ustaz Zamihan untuk mendapatkan senaskhah buku ini. Moga ada manfaatnya dan mudah-mudahan Allah tetapkan kita semua atas jalan Ahlus Sunnah yang sebenar, bukan jalan para pendakwa yang beri'tiqad kursi itu tempat telapak kaki Allah...... subhanAllah.




*************************************

Penerangan al-Fadhil Ustaz mengenai bukunya
 
 for video, click on this link bahrusshofa

Tuesday, October 25, 2011

maktabah al azbakiah


i call it heaven of heavens. :D sorga buku.

this was my first time going out to this maktabah al azbakiah which is located at 'atabah as asked by my arabic teacher, ustajah siham.

it was such a great memory for me, really. i love books but not an avid reader (he he) and i went wild when i saw those books and books and books at a very very cheap price. ex : kitab riyadhus solihin by imam al nawawi rah. costs only 1ole (rm5). the key to get good prices; you just need to be good at tawar menawar.

i'm surely going to go to this place again - with those lovers of books. anyone? hehe!

a glimpse from scholar's word

'My children are one of two kinds; 

  •  they are either from amongst those who obey the command of Allah,
  •  or of those who disobey Him

If they are righteous, Allah will take care of them, and if they are not, I do not want to help them commit a sin with my money.'

- Umar ibn Abdul Aziz

moga allah qobul itu najah.

many people here told me the word mesir can be interpreted to 'mim' as musibah, 'sod' as sabar, 'ra' as redha.
you cannot expect the unexpected to happen. i don't know what does it really mean but some say soon you'll know. i know exactly what i want here; i don't want anything except goodness. i don't want to waste my time here for years without achieving anything from here. my numbers of age are increasing and being here for the rest of my life is certainly what i never wished for.

i'm waiting for the result of imtihan qobul to come out soon. i hope everything is going to be good to others as well as i am. He hears and knows what i always believe in and He knows best what is best for me.

imtihan qobul was, to me, quite standard to STAM's papers. the exam itself was not that hard. if you were in malaysia, when you're answering papers with confidence you can surely tell what you will get for the result unlike here, it's complicated, i don't know how to explain. the result might be way different than what you expect for. that's what the pegawai of this rumah negeri told me.

walaupun begitu..

sebagai hamba, tugas aku sekarang hanyalah berdoa dan bertawakkul setelah pun berusaha..

p/s : just been informed, keputusan might come out tomorrow. *gigit jari*

differences in the ummah

written by sheikhul hadis maulana zakariyya kandahlawi (blessings upon Him).

click on the link given :


Differences in the Ummah are Rahmah

Monday, October 24, 2011

canon G12





loving it. tak nyesal beli. sesi eksperimen syok sendiri yang best. hahahaha

1.50 genih

1.it was friday, and friday actually means egaza - holiday. i planned of going to mobinil by myself that day because i did not want to disturb anyone with their works.

i had to wait about 2o minutes for a bus which would take me to the destination, cost only 1.5ole.

once arrived.. -________-"





dah tutup rupanya. lupa yang jumaat buka pukul 3pm, aku datang pukul 1pm. elokla tu. hahaha.

so terpaksa la balik, sambil tunggu bas balik ke hostel datang dengan penuh harapan. sambil menunggu, ada seorang laki, lagak seorang yang islamik, berpakaian jubah senteng dan berkepiah dan bercahaya wajah -sebab macam orang putih haha- sedang menahan teksi tidak bermeter, betul-betul di hadapan aku. alih-alih terdengar bunyi hon, tercari-cari gak sapa yang hon, -maklumlah mesir ni tak happening kalau tak hon setiap saat-, rupanya pakcik teksi drebar yang hon sambil memanggil aku, nak tanya mahu pergi mana. bila aku jawab 'rab3ah' dia mengangguk 'mashi'. kiranya aku menumpang naik teksi sekali dengan laki berjubah. pelik gak tak pernah-pernah di offer naik teksi sekali dengan orang lain.

tanpa berfikir panjang dan malas nak gelabah, aku keluarkan siap-siap 3 genih buat tambang. senang. bila sampai depan hostel aku, aku pun nak serahkan duit 3 genih, then pakcik tu cakap tak perlu. terkejut la aku. apsal pakcik ni baik hati sangat. rupanya laki tu dah bayarkan untuk aku. padanla aku perasan dia da bagi duit siap-siap. muka bercahaya iman, pakai jubah, berkepiah, then baik hati nak bayarkan tambang aku. woooo gentleman tak? gentleman kan? kan? kan? hahaha.

so moral of the story : aku suka orang mesir yang gentleman! hahaha.

Sunday, October 23, 2011

costa

today jalan-jalan bertiga sekitar kawasan berdekatan hostel. never i thought my area also ada costa. kebetulan mengidam vanilla iced-blended, 'terpaksa' la masuk ke kedai tersebut. hahaha. but it was fun, seriously.

costa and friends :





Saturday, October 22, 2011

genap 1 bulan 1 hari

genap  1 bulan 1 hari di mesir.

happy birthday to 'aatikah si kecik comel, you are now three years-old, grow up a good muslima kid, will ya?


auntie Q miss you so much! wish i could teach you arabic once i'm home haha. motif takde.









gneena mall,

i don't know where does the word 'gneena' exactly come from, but as far as i know that gneena derives from 'ganna', means 'crazy'. you can call it 'crazy mall' if you like. this is the second mall i've been to, the first was sarag mall and it didn't even look like a mall but the people here said that it's the place for rich people. -____________________-". i thought the malls here are like sarag mall, but somehow gneena mall is far way better than sarag mall, yet still cannot beat the malls in malaysia or saudi. hahahaha. gneena mall is quite near from my hostel. it took me1o minutes only by walking. fyi, only rich people go to the malls, it's their culture here idk.

fyi 1ooLE = rm5o,  you can get skirts and dresess from this mall, price range from 8o-15oLE which is affordable but not for a student haha.

well that's mall. but if you want cheaper prices, then khan khalili is the place, or atabah located at hussein mosque. not too far from my hostel, but i need to get a taxi which will cost me about 15LE to go there. it's jalan TAR vers in cairo. so you should understand how sesak gila tempat ni. you can get everything there below than 1ooLE. see how cheap is that? you can get decent attires at very very reasonable price. i will only go there on weekends. never on weekdays. never.

another thing here, i love going out on weekends, sebab jalan tak sesak and orang tak ramai. because normally the people here will stay at home and sleep during weekends. haha.

some shots at gneena mall :

(later on will upload the photos sbb internet slowww gla.)

Friday, October 21, 2011

alive again.

it's been ages since i last updated an entry and that was months ago, and suddenly i am a happily married person now. god, i think i cannot stop myself from saying these common sentences 'it's been ages bla bla bla' at each updated entry. see how lame am i? great, just look at my page, it's nothing bad than worst.. i need to 'renovate' this page to a.. let's say a 'nicer' design.

it's friday peeps and it's weekend here, i'm planning of going to Mobinil to upgrade my 25LE plan to 150LE plan. 25LE's quite slow for a person like me, i cannot handle the situation of waiting the pages to load like years. -_____-" . inshallah i'll be updating this blog more frequent than before (?) after upgrading to 150LE's plan. i have tons of photos in my lappy yet i uploaded only a few of them due to slow internet connection.



so until then, see you in another entry next time!